Minggu, 07 April 2013

~ KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN ~

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di
hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga
stressnya.
... Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat
banyak pengalaman yang bernilai yang orang
luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-
nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi
best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat
pesakit meninggal dunia.
Kerja saya uruskan kencing berak mereka,
bersihkan mereka hinggalah ke urusan
jenazah.
Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di
hospital ni, betapa ramainya di antara mereka
yang sudah meninggal..
sebelum meninggal meminta-minta sama ada
dari waris atau jururawat untuk pegang
naskhah al-Quran.
Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh
kami bacakan.
Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran,
tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun
mengambil nyawa mereka.
Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka,
berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di
akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-
Quran.
Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.
Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di
sini buat hati ini insaf.
Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang
ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa
baca dan belai ketika masih hidup gembira
tika tak datangnya sakit...
itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan
sentuh di akhir hayat.
Jika kita selalu pegang handphone di tangan
setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan
dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat
kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang
al-Quran?
Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-
Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan
belek al-Quran apatah lagi membaca atau
mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau
gajet di akhir nyawa kita..
kita sangat sangat memerlukan al-
Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang
dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan
saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta
tajwid... "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran
mini dari kocek bajunya.......................
Hayatilah dan ambil iktibar....


Tidak ada komentar:

Posting Komentar